Ubat Terkawal

Wasted

Komen anda »

2009_the_hangover_wallpaper_005

Finally!! Tolong beri laluan ye cerita-cerita ‘chick-flick’ ! Anda punya era sudah ketandusan idea! BRIDE WARS? LIPSTICK JUNGLE? GOSSIP GIRLS? Boleh bungkus dengan daun pisang jual seria – dua! THE HANGOVER filem ‘men-flick’ yang ditunggu-tunggu! Satu perkataan saja yang dapat aku kata lepas tengok filem ini; LEGA!

Filem yang mengingatkan aku kembali perasaan yang sama seperti tengok filem Old School lakonan Will Ferrel satu ketika dulu. Kudos kepada pengarahnya Todd Phillips yang juga mengarah filem nerd yang terbaik ‘School for Scoundrels’ lakonan Jon Heder. Kelakar ok.

Kekuatan pada cerita ini adalah tidak lain dan tidak bukan pada semangat friendship terus membekalkan ‘bonding’ diantara sahabat lelaki. Apa yang aku merepek ni? PARTY AND GET WASTED adalah kekuatan filem ini! Pernah rasa nak berparty malam ni tapi tak ingat apa-apa keesokan pagi? Been there done that dude…Pernah rasa budak perempuan kolej kamu tanya “Kau ingat tak apa kau buat semalam joe? ” Kalau dia tanya sekali boleh la nak tempis sket tapi bila dia tanya dua tiga kali dengan muka dahi berkerut dengan renungan mata yang tajam? Menakutkan! Perkara last yang kamu ingat ialah sebelum masuk kelas pukul 9.30pagi isap rokok Gudang Garam depan kolej sambil minum air Coke, lepas masuk lift je nak pergi ke kelas, sedar-sedar dah ada kat bilik tidur rumah kamu, berbogel? Cukup sekali je pengalaman camtu. Thanks Bob untuk ‘Roche’ yang kau kata takde ape-apa punya…layannn..Kau berjaya menuba aku! Aku hanya memandang kejadian ini dengan cara positif iaitu selepas kejadian tersebut, aku punyai ramai kawan STONER yang sanggup payung aku.

Apa-apa pun, filem ni memang berbaloi tengok. Lagi best dari Evolusi KL Drift dan cerita Saiful Apek yang overrated tu.

Written by pijo

September 28, 2009 at 6:37 pm

Dikirim dalam filem

Naik Pangkat dan Nazi Punk Fuck Off!!

Komen anda »

Altogether Film 3Berbulan sudah berlalu, semenjak kenaikan pangkat aku maka bertambah sibuklah kehidupan so called “KERJA” aku. Waktu balik pun dah dianjakkan sampai ke malam tak seperti dulu, balik kerja boleh berhenti rumah mama makan pisang goreng cicah pulut dengan kelapa parut lepak kat depan rumah sambil tengok  orang2 kerajaan balik guna jalan short cut depan rumah nak elakkan jam dekat jalan utama. But hey! I musn’t grumble….

Dalam kesibukan aku juga berkesempatan menonton beberapa buah filem :

  • Mr Lonely – Di arah oleh Harmony Korine. Walaupun filem ini ditayangkan sebelum M.J mati, ia dapat dikelaskan sebagai filem Tribute untuk Raja Pop Dunia – Michael Jackson ( bukan raja pop – Jamal Abdillah). Thanks Lisa for the film! Good film indeed!
  • Be Kind, Rewind – Arahan Michel Gondry dari France yang juga menghasilkan beberapa video klip artis barat seperti bjork dan bloc party. Filem komedi yang sesuai untuk tontonan pengarah2  filem M’sia (bagaimana nak buat movie dengan menggunakan props terpakai tapi jadi macam cerita hollywood) swinded rules!
  • Grace is gone – Di arah oleh James C Strouse yang juga selaku penulis dilakonkan oleh John Cusack pelakon era 90an kegemaran aku. Filem ini sebenarnya sebuah filem ber genre kan peperangan dan semangat nasionalisme. Dengan kebijaksanaan pengarahnya James dapat menghaluskan jalan cerita filem ini dan sekaligus membuatkan aku berlinangan air mata. Tapi tak jatuh pun air mata sebab pakai taktik “takde apa, mata masuk habuk..” bila Lisa tanya ” you menangis ke?”. Very good Film. Bak kata Lisa, sesuai ditonton untuk suami2 / lelaki yang ego. Thanks to Komeng for the dvds!

Shout out to Pok Ya, Mus, Mamat, Meny, Wan Setan, Tojeng, Asma, Fuad, Kojek, Beger, Fikri Chini, Abg Neraka, Bard, The Novelty, Tayar Soton, Molotov, Enslaved Chaos, Lucky Munky, kuli2 Pukat Charek dan orang tua gemuk yang badan dibasahi peluh jantan melaungkan NAZI PUNK, FUCK OFF!!. Percubaan gig pertama ok! Bersedia untuk yang kedua dan seterusnya!

Cheers!

Written by pijo

Jun 29, 2009 at 4:12 pm

Dikirim dalam filem

‘The Lost Coast’

with 2 comments

wr1ajc1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebuah kominiti hippi yang terakhir dalam hutan yang sangat hijau di California menjadikan pertanian Marijuana sebagai sumber pendapatan dan juga penggunaan sendiri. ‘Humboldt County’, dimana pokok-pokok redwood dan segala kehidupan disana segar meng’hijau’. Filem indipenden yang ringkas tetapi cinematigrafi yang sangat-sangat brilliant! Aku kagum dengan filem yang aku rasa berbajet rendah tetapi dapat menghasilkan pengambaran yang sangat kualiti dengan menggunakan alam semulajadi sahaja.

Nota : Bukan seperti filem-filem Marijuana yang biasa anda tonton, ianya hanya cerita layback dan sesuai ditonton seisi keluarga.

Cheers!

Written by pijo

Mac 6, 2009 at 1:47 pm

Dikirim dalam filem

Cikgu Puppet

Komen anda »

playhouse

Mainan yang kuno dan telah dipraktikkan dari zaman dahulu lagi; Puppet Show (Tayangan Boneka). Aku baru je discover show ni semasa aku cuti sakit mata selama 2 minggu. Ahh..cuti sakit yang paling lama pernah aku jalani. Sungguh indah sekali. Anyway, tatkala aku cuti, isteri yang tercinta dan dihormati(hehe suka la u ye?) aku hantar pergi kerja, Harmoni aku jaga dirumah Alongku. Dah menjadi rutin mama ku menjaga anak Along, Sophie. Jika aku dan Lisa pergi kerja, maka akan ku hantar juga Harmoni kepada mamaku iaitu neneknya ataupun tuk betina. Tapi untuk 2 minggu ini, aku menjaga Harmoni kerana senang untuk neneknya membuat kerja2 rumah yang lain.

Menjadi rutin harian juga Sophia, sejurus bangun dari tidur, terus menyusun langkah kaki yang berbunyi kling!kling!kling! ke ruang tamu untuk menonton saluran televisyen kegemarannya: Playhouse Disney(PHDC). Aku bukan takpernah tengok, tapi jarang sekali tengok channel ni. Tapi bila hari2 layan tengok sama bukan Harmoni saja malah aku juga ingat semua rancangan yang ditayang. Tapi dalam banyak2 show ada 3 show je yang best. THE MIGHTY JUNGLE, JOHNNY & THE SPRITES dan OOH & AAH.

Ketiga-tiganya adalah puppet show. Berbeza dengan puppet show zaman dahulu yang hanya dimainkan di pasar malam atau pesta kerana tiada televisyen. Sekarang zaman sudah moden, tak payah pun keluar tengok puppet show, duduk je kat rumah diam2 tengok t.v belambok puppet show ada. Berbalik pada tiga puppet show yang menarik tu, bagi aku puppet2 kecik yang berceloteh dalam tv tu boleh diiktiraf sebagai Cikgu. Tahap pendidikan yang sesuai untuk kanak2 2 hingga 10thn. Sampai 15th pun boleh juga. Dalam rancangan The Mighty Jungle, setiap episod mereka menjemput kanak-kanak dalam lingkungan 3 – 6 thn untuk menjadi director. Mereka membuat satu tajuk dan terpulang pada kanak2 yang hadir untuk membentuk cerita itu. Bunyi macam seronok kan? Memang seronok! Dengan props yang cantik dan berwarna warni, puppet yang friendly dan muka innocent, jalan cerita yang kelakar tapi penuh dengan ilmu pengetahuan(lagi best dari rancangan 999 atau 360).

Sedih aku katakan diMalaysia kita kekurangan rancangan kanak2 sebegini. Nak harap ke TOMTOM BAK? Bak kut teh adalaa kot..Pembikin filem diMalaysia suka buang duit buat filem pasal kereta ngan motor atau hero cicak sehingga mereka lupa dan alpa bahawa generasi yang akan datang perlu disuapkan dengan ilmu intelektual yang seimbang dan sederhana.

Cheers!

Written by pijo

Februari 21, 2009 at 11:03 pm

Dikirim dalam bebas

Perisai Kedamaian

with one comment

kelambu2

Musuh keluarga aku yang paling ketat: NYAMUK!! Tapi bagi aku, sebenarnya tak kesah pun dengan nyamuk ni. Takde la pulak aku teruk kena gigit. Tak perasan pun kalau kena gigit. Mungkin sebab aku dah dewasa. Tapi sekarang, oleh kerana Lisa mengadu pagi2 bangun tido, tengok muka Harmoni berbintat-bintat kena gigit nyamuk. Kesian pulak rasanya. Takut pun ada. So sekarang officially NYAMUK menjadi musuh utama kami!

Aku telah membuat kajian sehari dua ni. Kalau kamu perasan, Nyamuk sekarang lebih besar dari nyamuk dulu. Lebih berani, lebih laju dan yang paling menakutkan, lebih pandai! Aku rasa tak mustahil semua ini berlaku kerana setiap makhluk/binatang dalam dunia ini akan ber-EVOLUSI mengikut peredaran masa dan juga cuaca dunia. Dahlah sekarang ni dengan keadaan cuaca yang amat panas(Global Warming). Tak mustahil 10 atau 20 tahun akan datang Nyamuk menjadi seekor binatang yang amat menggerikan dan sakit gigitannya berganda-ganda berbanding dengan Nyamuk sekarang!

Walaubagaimanapun, manusia juga tak dapat lari dari Ber-Evolusi selari dengan arus pemodenan. Semakin besar masalah yang akan timbul, semakin pandai otak manusia berfikir. Sekarang, sudah banyak alat2 atau bahan2 yang manusia cipta untuk berlindung dari Nyamuk. Antara semua alat dan bahan itu, kami sekeluarga bersetuju yang KELAMBU adalah alat yang paling berkesan sekali berlindung dari Nyamuk. Penggunaan yang paling ekfektif dan tiada langsung kesan sampingan. Alat  yang sama digunakan oleh ayah aku semasa aku budak dulu.

So, En. Nyamuk..Pergilah hisap darah kucing ke, tikus ke, cicak ke sebab aku dah meng-activate-kan Perisai Kedamaian ku!! Mesti bengang kan? Hehehe. Ok apa, dari aku bunuh kau dengan spray kimia ku, mana kau pilih? Aku Liberal ok!  Cheers!!

Gambar diatas – Kelambu yang dijahit oleh Lisa dengan menggunakan kain langsir IKEA yang dihadiah oleh kawannya. Kalau beli di kedai, tak dapat besar macam ni, paling besar 6 kaki je. Yang ni 9×9kaki. Boleh muat satu family jiran sebelah aku lagi!

Written by pijo

Februari 20, 2009 at 1:47 pm

Dikirim dalam buatan orang

Satu lagi tontonan cuti sakit mata

with 4 comments

030681227401lzzzzzzz2

Di adaptasi dari novel karya Toby Young filem American yang diterajui oleh pelakon English Simon Pegg ini memang kelakar nak mampos! Sehingga aku kena sediakan bantal spare untuk cover ketawa kuat sebab takut anak aku terjaga. Dan mampu menghilangkan rasa sedih dek dimarahi bini sebab kencing kat dalam sinki.(Bad Habits-do you have one?)

Seorang journalist Sidney Young(Simon Pegg) dari majalah yang gile low budget London; Post Modern Review mendapat tawaran kerja oleh Clayton Harding(Jeff Bridges) dari majalah yang terkemuka di New York ; Sharps. So, apa laga Sidney pun terus pergi demi mengejar impiannya menjadi seorang Editor yang disegani. An English man in New York la jawabnya. Bertemu pula dengan Alson(Kristen Dunst) di sebuah Pub secara kebetulannya adalah office matenya di Sharps. Lawak British yang klasik dan interlektual adalah kekuatan filem ini lain dari filem komedi American yang cliche’ menerapkan lawak yang tak masuk akal dan slapstik(Boring!).

Scene yang paling lawak sekali bagi aku masa Sidney kena coke dengan Doktor gigi Jesus Christ wannabe kat satu party. Sesuai ditonton oleh para journalist MANGGA atau URTV atau HAI ataupun BACARIA.

Cheers!

Written by pijo

Februari 17, 2009 at 4:13 am

Dikirim dalam filem

Aku tahu St.Valentine tak akan panggil nama aku.

Komen anda »

img_4298-1

14 Feb 2009   -    Dari 7.00ptg hingga 12.00mlm

Tugasan : Aku & Fairuz ambil gambar guest / Lisa & Yus printing dan frame

Keputusan : Orang semer dok bercanda, kami peloh celah kelengkang.

Gambar diatas : Gambar contoh dan frame yang sempat dicilok.

Written by pijo

Februari 16, 2009 at 11:56 pm

Dikirim dalam buatan orang

The Graduate

with 2 comments

259xtv9

Antara filem yang baru-baru ini aku tonton semasa aku cuti sakit mata. Selain itu aku layan ROCKN ROLLA arahan Guy Ritchie ex Madonna(boohoo) filem yang tak berapa menarik dan aku takmahu ulas mengenainya dan juga filem Jimmy and Judy filem indipendent yand dilakonkan oleh Eward Furlong (American History X) cerita yang menarik tetapi tak cukup kriteria yang aku set dalam otak aku untuk filem yang baik.

Filem yang baik bagi aku tak perlukan kesan efek yang canggih, pelakon yang popular, budget yang tinggi dan tak semestinya filem Hollywood. Itu bagi aku, tak payahlah setuju dengan aku kalau kau tak setuju.Filem yang baik bagi aku, dapat memberi impak yang besar dalam diri aku baik dari segi pengambaran ataupun kesan lakonan yang dilakonkan. Diolahkan lagi dengan skrip dan lakonlayar yang terbaik.

Berbalik semula kepada filem The Graduate. Filem yang sangat simple. Merupakan godfather kepada filem2 indipendent sekarang. Dustin Hoffman sebagai pelakon utama. Antara pelakon veteran yang aku respect. Lagi best dari Robert Deniro! Sikit je best dari Al Pacino. Berganda best dari Clint Eastwood. Bagi aku dia yang paling sesuai sekali melakonkan watak Benjamin Braddock seorang graduan yang baru tamat pengajiannya. Di usya oleh Mrs Robinson seorang wanita berumur yang gerek lagi. Si Benjamin ni apa lagi kelang kelibut lah dibuatnya! Mana taknya, member still virgin…So dazzed and confused tapi dalam tak mau last2 cak kelepok juga akhirnya…heheh…Tapi jangan salah sangka, bukan sebab filem ni ada unsur seks sebab aku suka. Kalau nak tengok filem berunsur seks,baik tengok blue film je..Aku suka filem ni, sebab jalan cerita yang menarik dan sempoi. Sesuai ditonton oleh para graduan yang masih teruna lagi…

So, siapa yang tak tengok lagi, silalah beli dikedai DVD yg berdekatan ataupun download saje di Internet.

Cheers!

Written by pijo

Februari 12, 2009 at 12:48 am

Dikirim dalam filem

BERJANGKIT DAN TERJANGKIT…

Komen anda »

img_4272

Siapa yang menghidap tahu bagaimana deritanya. Dang!!

Written by pijo

Februari 11, 2009 at 8:33 pm

Dikirim dalam Sakit!

Tagged with

2009 dan seterusnya…

with one comment

“BELUM TERLAMBAT” :-
1)Ucapkan Selamat Tahun Baru
2)Buat kebaikan
3)Buat kejahatan(balance)
4)Jadi suami yang bertanggungjawab(trust me, this one paling susah sekali)
5)Jadi bapa yang bertanggungjawab(Kalau anak kecik lagi, ok laa tapi kalau anak sudah besar, allahuallam habih sawaat hari doh malam dok reti nak jawabb..)
6)Komitmen pada kerja
7)Joging setiap petang
8)Main musik punk keras
9)Belikan Lisa Handbag
10)Belikan Lisa kasut

Dari semua perkara diatas, aku berjanji tidak akan berubah walaupun aku sudah berusia.
Aku tetap Aku.
Tekian, Serima Kaseh.

Written by pijo

Januari 31, 2009 at 12:19 am

Dikirim dalam bebas