Ubat Terkawal

Archive for April 2008

Taman Teruntum!

with 8 comments

24/4/08 pukul 8.00a.m, “B, malaslah nak pegi keje hari ni…”lisa kata kat aku. Aku dengan muka semabai bangun tidur kata…ok! Terus aku pakai baju ambik kunci kereta keluar rumah pegi ke phone booth berdekatan. Tekan nombor tutututututututut….”Morning madam Joyce, i cannot come to work todaylah, my wife sick today..Heavy feverlah…”aku cakap sambil korek hidung aku yang sememangnya sudah besor..” “So you send her to hospital lah? oklah…when your wife deliver huh?” madam Joyce tanya. “October mam..”aku jawab. “Oklah you take care rite…send my regards to your wife..” belum sempat dia letak telefon muka aku dah tepancar satu senyuman yang sangat lebar. YESSS. I’m free!! Naik kereta, balik rumah, buka baju landing atas tilam, tidur. (Actually sebelum tidur ada selit beberapa adegan yang agak sedap)pastu baru tidur.

2.30 bangun tidur, Lisa takde kat sebelah. Turun bawah bau sardin goreng dengan telur dadar + sup suhun. Pegi dapur ambik nasi terus makan. 3.00pm lepas dah siap, keluar pergi kedai pajak. Bukan nak pajak tapi nak celup emas rantai lisa. Lepas tu, pegi klinik nak ambik m.c lisa, tapi doktor takde. Pukul 7.00pm baru doktor ada. Apa daa punya doktor. Pastu sementara tunggu klinik doktor tua nak mampos tu bukak, kitorang dengan kata sepakat pergi ke Taman Teruntum.

Ah, Taman Teruntum. Salah satu tempat yang boleh dibanggakan di Kuantan. Boleh ke? Ntah lah, nak tau pergi la sendiri. Tapi kami yang sudah lama (daripada sekolah rendah) tak pegi Tmn Teruntum ni. So selok lah jugak. Selok bergambor, tengok menatang menatang dan juga remaja beromen. Mini Zoo Tmn Teruntum taklah banyak haiwan, tapi boleh ah setakat nak tengok beruang kecik yang jalan mundar mandir kebosanan agaknya, musang yang tidur berpelukan, Kera toksah citer ah…Banyak GILE! Kura-kura yang aku rasa masa zaman sekolah aku lagi dah ada, Bangau muka horror, Burung merak yang taknak kembang bulunya, sangkancil yang duduk bawah pokok macam kena mandrem, dan juga burung unta yang tak macam unta. Semuanya MUKA BORING!! Kalau diorang boleh cakap aku rasa memang kena maki sesiapa yang datang dekat nak tengok dia. APE TENGOK? TAK PEGI KEJE KE?

Apa-apa pun kami have fun melawat Tmn Teruntum di kala tak pergi kerja. Lepas ni ke mana lagi Babe? Where ever you want to go babe! Selagi perut you sarat!

Written by pijo

April 25, 2008 at 6:16 pm

Dikirim dalam buatan orang

Kaum Ibu

with 5 comments

Soon to be mom! Lisa dan Ina di Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan.

Dua bakal ibu yang hot! dan sememangnya hot sebab pose dekat pantai masa matahari terik.

Bukan senang nak jadi model dok gitu?

Good job ladies!

Written by pijo

April 14, 2008 at 1:42 am

Dikirim dalam buatan orang

BN 564

with 3 comments

Ketepi kereta sukan! Ketepi kereta laju! Ketepi kereta moden!

Untuk aku adalah mengenali jalan-jalan dan kotaraya lebih dulu dari kalian!-BN 564

Written by pijo

April 11, 2008 at 1:44 am

Dikirim dalam bebas

Terkawal?

with 6 comments

Ubat Lisa : 7 jenis ubat berlainan jenis. Untuk dimakan hari-hari.

Susu : 2 jenis susu berlainan jenama selama 3 bulan mangandung.

Rokok : Dah berhenti sebelum mngandung lagi..Well, tak berhenti sepenuhnya kekadang ada jugak hisap rokok aku atas alasan loya…Tapi semasa mengandung tak hisap. Bagus!

Alahan : tak boleh makan daging lmbu, tak boleh bau asap, suka bau bahan yang ada mentol.

Pakaian : BUNDLE BELAKANG METROPOL dekat dengan BLACK FOREST. Jangan terkejut kalau nampak ibu mengandung pakai dress LACOSTE ol skool!

Makanan : aktif makan pada waktu pagi dan petang, waktu malam jadi tikus mondok cari makanan kat dapur. Suka makan makanan yang dia tak suka makan masa tak mengandung.

Minuman : Bermentol/mint

Kerja : Ada kala dia mengadu nak berhenti kerja. BORING! (well that makes the two of us)

SEX : AKTIF! ANYTIME! TIADA BENDERA MERAH!!

Written by pijo

April 10, 2008 at 2:56 am

Dikirim dalam buatan orang

Minggu ke-15

with 5 comments

Minggu ke-15 Lisa mengandung.

Morning sickness? Tiada.

Hanya mabuk 4 kali sepanjang dia mengandung.

Ramai orang kata anak lelaki.

Sebabnya Lisa comel masa mengandung.

Sejauh mana kebenarannya aku tak tahu.

Kalau orang tanya aku nak anak apa?

Aku kata lelaki.

Tapi sebenarnya aku tak kesah pun.

Lelaki ke perempuan ke, anak aku tetap rock!!

Written by pijo

April 6, 2008 at 8:38 pm

Dikirim dalam buatan orang