si pencong “st.kitten”
Sebuah filem yang menarik dan tertarik “kau memang da bomb!” damn Ruffedge! Dah melekat kat telinga aku! Bukan aku nak cerita pasal Lagu tapi pasal filem “Breakfast on Pluto” arahan Niel Jordan dikeluarkan pada tahun 2006. Kisah perjalanan hidup seorang lelaki yang berjiwa perempuan atau di Malaysia kita panggil Mak Nyah yang sangat simple tetapi menarik. Dilakonkan oleh jejaka tampan Cillian Murphy sebagai Patrick Braden dan Liam Neeson sebagai ayah Patrick. Liam Neeson dalam filem ini membawa watak seorang paderi yang membuat hubungan sulit dengan orang gajinya dan akhirnya mendapat seorang anak(Patrick). Orang gajinya bunuh diri setelah melahirkan Patrick. Ayahnya(Liam) kemudian memberi Patrick kepada seorang janda anak satu. Dari situ Patrick dibesarkan macam dalam cerita Cinderella kena buli dengan ibu tiri. Dari situ juga Patrick menjadi seorang bapuk yang REBEL!
Bab Patrick sekolah adalah scene yang menarik bagi aku. Bersekolah disebuah sekolah gereja, Patrick menjadi seorang yang sangat confident dengan dirinya dan sangat rebellious. Disitulah Patrick mendapat nama gelarannya iaitu St. Kitten sempena nama seorang paderi yang juga seorang maknyah! Cakap pasal Rebel, apa lagi yang sangat Rebel dari menjadi seorang bapuk dan belajar di sekolah gereja(Agama)!??
Filem ini berakhir dengan baik. Tiada scene sedih melampau yang selalu diterapkan dalam filem Bollywood atau sad to say filem kita sendiri. Soundtrack juga menarik menampilkan beberapa lagu dari The Rubettes, Harry Nilsson, Van Morrison, The Wombles dan ramai lagi.
Patrik”St.Kitten”Braden – “Now everybody is getting serious,serious,serious!!”

Pon suka cerita ni!! Cerita simple….tapi best!!
PMengandung
Mei 15, 2008 at 11:40 am