Archive for Mei 27th, 2008
minggu ke-20
Semalam kami ke Klinik Jalan Gambut. Lisa buat pregnancy check-up untuk kali yang ke -3 sepanjang dia mengandung. Hari ini adalah hari untuk meng-scan baby dalam perut. Seperti biasa waktu menunggu giliran adalah yang paling menyiksakan. Sementara Lisa menunggu, aku mengambil kesempatan ini untuk pergi ke Klinik KH*** selaku klinik panel resort aku untuk mendapatkan M.C (Medical Certificate). Aku menggunakan alasan yang paling berkesan sekali iaitu Sakit Telor(testicles). Doktor tanya, “Siapa yang tarik?”. “Mana ada orang tarik”, aku kata. “Yelah, mana tau kot kucing ko yang tarik ke, kambing ko ke, terlanggar apa-apa ke..”kata Doktor tua yang memang serius nak tau. “Takde, memang dia macam ni”. Aku dapat M.C. Lekas aku bergegas ke Klinik Gambut. Lisa masih lagi menunggu gilirannya. Sementara menunggu, aku lihat Lisa berbual dengan seorang kakak yang berumur awal 30-an. Kakak sudah 8 bulan lebih. Tunggu masa je lagi nak meletup. Kakak itu terperanjat dengan perut Lisa sebab Lisa baru 4 bulan tapi perut besar lagi daripada dia. Sambil berborak, Lisa nampak baju kakak itu terangkat dengan sendiri seperti ada orang yang menolaknya. “Ha,nampak tak? nampak tak? itulah dia(baby dalam perut)”kata kakak yang berbangsa siam itu. Lisa tersenyum. Tak tau senyum gembira atau senyum freak-out. Lisa tau nanti sampai masa, giliran dia pulak merasa.
Terasa seperti lama tunggu, aku sangap nak merokok. Tengok Lisa berborak rancak dengan kakak siam tu, aku minta diri untuk keluar pergi ke kompleks MARA sebelah klinik itu. Kompleks yang dulunya tempat lepak skaters dan undergrounders. Aku rasa kompleks tu dah berubah, nak cari tandas pun susah! Lepas dah berak dan merokok, aku pergi balik ke klinik takut LIsa dah masuk jumpa doktor. Memang dah masuk pun. So aku tanya “Nampak tak baby tu? Ok tak baby tu?”. “Tak pun, doktor kata tak nampak lagi, lagi pun doktor scan sekejap je. Tak banyak cakap pun. I tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kalau macam ni, baik i jumpa misi je, buat apa jumpa doktor?!” kata Lisa kecewa.”Tapi doktor kata baby normal”kata Lisa lagi. “Takpalah mami, nanti kita scan sendiri ye. Kita pergi klinik lain” aku cuba menenangkan Lisa. “Ok”lisa jawab. Lepas tu pergi ke klinik gigi sebelah pulak, Lisa nak tampal gigi yang berlubang. Aku rasa macam lama je. Perut dah lapar. Tapi takpe tahan, buat apa yang penting dulu. Lepas Lisa dah isi borang tak sampai 5minit nombor Lisa dah tertera di skrin menunggu. “Cepat pulok”aku cakap dalam hati. 15minit je masa yang diperlukan untuk Lisa menampal gigi. Bagus! Klinik ni lagi cepat pada klinik keluarga kat sebelah! Lisa keluar dengan memberikan senyuman yang paling manis sekali untuk hari ini. Wah, lega siot rasa hati. Aku taknak hari yang “moody”. Aku nak hari yang “happy”!.
Ternyata semalam adalah hari yang happy bagi kami walaupun duit nak kering dah, doktor yang serius dan doktor yang unfriendly, tunggu giliran yang suck! Tandas awam yang susah dicari!. We got each other! Thats what important! So babe, am i doing well in my ANGER MANAGEMENT? =)
