The Graduate

Antara filem yang baru-baru ini aku tonton
semasa aku cuti sakit mata. Selain itu aku layan ROCKN ROLLA arahan Guy Ritchie ex Madonna(boohoo) filem yang tak berapa menarik dan aku takmahu ulas mengenainya dan juga filem Jimmy and Judy filem indipendent yand dilakonkan oleh Eward Furlong (American History X) cerita yang menarik tetapi tak cukup kriteria yang aku set dalam otak aku untuk filem yang baik.
Filem yang baik bagi aku tak perlukan kesan efek yang canggih, pelakon yang popular, budget yang tinggi dan tak semestinya filem Hollywood. Itu bagi aku, tak payahlah setuju dengan aku kalau kau tak setuju.Filem yang baik bagi aku, dapat memberi impak yang besar dalam diri aku baik dari segi pengambaran ataupun kesan lakonan yang dilakonkan. Diolahkan lagi dengan skrip dan lakonlayar yang terbaik.
Berbalik semula kepada filem The Graduate. Filem yang sangat simple. Merupakan godfather kepada filem2 indipendent sekarang. Dustin Hoffman sebagai pelakon utama. Antara pelakon veteran yang aku respect. Lagi best dari Robert Deniro! Sikit je best dari Al Pacino. Berganda best dari Clint Eastwood. Bagi aku dia yang paling sesuai sekali melakonkan watak Benjamin Braddock seorang graduan yang baru tamat pengajiannya. Di usya oleh Mrs Robinson seorang wanita berumur yang gerek lagi. Si Benjamin ni apa lagi kelang kelibut lah dibuatnya! Mana taknya, member still virgin…So dazzed and confused tapi dalam tak mau last2 cak kelepok juga akhirnya…heheh…Tapi jangan salah sangka, bukan sebab filem ni ada unsur seks sebab aku suka. Kalau nak tengok filem berunsur seks,baik tengok blue film je..Aku suka filem ni, sebab jalan cerita yang menarik dan sempoi. Sesuai ditonton oleh para graduan yang masih teruna lagi…
So, siapa yang tak tengok lagi, silalah beli dikedai DVD yg berdekatan ataupun download saje di Internet.
Cheers!
Allo isap telo. You’ve been tagged!
http://kuburandakwat.wordpress.com/2009/02/13/the-music-tag-blindsided/
easeart jalil
Februari 13, 2009 at 1:19 pm
This is a great film!
Goldie
April 21, 2009 at 9:33 am