Perisai Kedamaian

Musuh keluarga aku yang paling ketat: NYAMUK!! Tapi bagi aku, sebenarnya tak kesah pun dengan nyamuk ni. Takde la pulak aku teruk kena gigit. Tak perasan pun kalau kena gigit. Mungkin sebab aku dah dewasa. Tapi sekarang, oleh kerana Lisa mengadu pagi2 bangun tido, tengok muka Harmoni berbintat-bintat kena gigit nyamuk. Kesian pulak rasanya. Takut pun ada. So sekarang officially NYAMUK menjadi musuh utama kami!
Aku telah membuat kajian sehari dua ni. Kalau kamu perasan, Nyamuk sekarang lebih besar dari nyamuk dulu. Lebih berani, lebih laju dan yang paling menakutkan, lebih pandai! Aku rasa tak mustahil semua ini berlaku kerana setiap makhluk/binatang dalam dunia ini akan ber-EVOLUSI mengikut peredaran masa dan juga cuaca dunia. Dahlah sekarang ni dengan keadaan cuaca yang amat panas(Global Warming). Tak mustahil 10 atau 20 tahun akan datang Nyamuk menjadi seekor binatang yang amat menggerikan dan sakit gigitannya berganda-ganda berbanding dengan Nyamuk sekarang!
Walaubagaimanapun, manusia juga tak dapat lari dari Ber-Evolusi selari dengan arus pemodenan. Semakin besar masalah yang akan timbul, semakin pandai otak manusia berfikir. Sekarang, sudah banyak alat2 atau bahan2 yang manusia cipta untuk berlindung dari Nyamuk. Antara semua alat dan bahan itu, kami sekeluarga bersetuju yang KELAMBU adalah alat yang paling berkesan sekali berlindung dari Nyamuk. Penggunaan yang paling ekfektif dan tiada langsung kesan sampingan. Alat yang sama digunakan oleh ayah aku semasa aku budak dulu.
So, En. Nyamuk..Pergilah hisap darah kucing ke, tikus ke, cicak ke sebab aku dah meng-activate-kan Perisai Kedamaian ku!! Mesti bengang kan? Hehehe. Ok apa, dari aku bunuh kau dengan spray kimia ku, mana kau pilih? Aku Liberal ok! Cheers!!
Gambar diatas – Kelambu yang dijahit oleh Lisa dengan menggunakan kain langsir IKEA yang dihadiah oleh kawannya. Kalau beli di kedai, tak dapat besar macam ni, paling besar 6 kaki je. Yang ni 9×9kaki. Boleh muat satu family jiran sebelah aku lagi!
Nice one!
easeart jalil
Februari 20, 2009 at 7:55 pm