Ubat Terkawal

Cikgu Puppet

Komen anda »

playhouse

Mainan yang kuno dan telah dipraktikkan dari zaman dahulu lagi; Puppet Show (Tayangan Boneka). Aku baru je discover show ni semasa aku cuti sakit mata selama 2 minggu. Ahh..cuti sakit yang paling lama pernah aku jalani. Sungguh indah sekali. Anyway, tatkala aku cuti, isteri yang tercinta dan dihormati(hehe suka la u ye?) aku hantar pergi kerja, Harmoni aku jaga dirumah Alongku. Dah menjadi rutin mama ku menjaga anak Along, Sophie. Jika aku dan Lisa pergi kerja, maka akan ku hantar juga Harmoni kepada mamaku iaitu neneknya ataupun tuk betina. Tapi untuk 2 minggu ini, aku menjaga Harmoni kerana senang untuk neneknya membuat kerja2 rumah yang lain.

Menjadi rutin harian juga Sophia, sejurus bangun dari tidur, terus menyusun langkah kaki yang berbunyi kling!kling!kling! ke ruang tamu untuk menonton saluran televisyen kegemarannya: Playhouse Disney(PHDC). Aku bukan takpernah tengok, tapi jarang sekali tengok channel ni. Tapi bila hari2 layan tengok sama bukan Harmoni saja malah aku juga ingat semua rancangan yang ditayang. Tapi dalam banyak2 show ada 3 show je yang best. THE MIGHTY JUNGLE, JOHNNY & THE SPRITES dan OOH & AAH.

Ketiga-tiganya adalah puppet show. Berbeza dengan puppet show zaman dahulu yang hanya dimainkan di pasar malam atau pesta kerana tiada televisyen. Sekarang zaman sudah moden, tak payah pun keluar tengok puppet show, duduk je kat rumah diam2 tengok t.v belambok puppet show ada. Berbalik pada tiga puppet show yang menarik tu, bagi aku puppet2 kecik yang berceloteh dalam tv tu boleh diiktiraf sebagai Cikgu. Tahap pendidikan yang sesuai untuk kanak2 2 hingga 10thn. Sampai 15th pun boleh juga. Dalam rancangan The Mighty Jungle, setiap episod mereka menjemput kanak-kanak dalam lingkungan 3 – 6 thn untuk menjadi director. Mereka membuat satu tajuk dan terpulang pada kanak2 yang hadir untuk membentuk cerita itu. Bunyi macam seronok kan? Memang seronok! Dengan props yang cantik dan berwarna warni, puppet yang friendly dan muka innocent, jalan cerita yang kelakar tapi penuh dengan ilmu pengetahuan(lagi best dari rancangan 999 atau 360).

Sedih aku katakan diMalaysia kita kekurangan rancangan kanak2 sebegini. Nak harap ke TOMTOM BAK? Bak kut teh adalaa kot..Pembikin filem diMalaysia suka buang duit buat filem pasal kereta ngan motor atau hero cicak sehingga mereka lupa dan alpa bahawa generasi yang akan datang perlu disuapkan dengan ilmu intelektual yang seimbang dan sederhana.

Cheers!

Written by pijo

Februari 21, 2009 pada 11:03 pm

Dikirim dalam bebas

Tinggalkan jawapan