A Tribute to Secretaries 2008
Secretaries Luncheon telah diadakan pada 16April baru ini di resort aku. Hitam dan Putih adalah tema untuk petang itu. Artis undangan HELMI THE GIMMICK!
Apa yang aku nak bercerita bukanlah tentang dekorasi aku yang biasanya aku cerita(well dekorasi abang mestilah cantek gitu!) tapi untuk hari ini aku nak bercerita tentang seorang Stand up Comedian yang bernama Helmi The Gimmick!
Aku rasa tentu kamu semua tahu siapa dia ni. Dia pernah memasuki Rancangan Realiti T.V Raja Lawak musim yang pertama. Sebelum dia bertanding pun dia sudah dikenali ramai. So aku terpikir jugak kenapa mamat ni nak masuk Raja Lawak? Perlukah dia bertanding untuk menentukan dia yang paling lawak sekali dalam Malaysia? Tapi takpelah bagilah can kat dia. Tapi, bila aku tengok dia beraksi dalam Raja Lawak, taklah kelakar sangat mamat ni. Menyampah lagi ada. Dia seperti palsu, berpura pura menjadi lawak tapi zahirnya lawak dia tak menjadi sama sekali. Terus aku menyampah pada dia ni. Bak kata LEE PILGRIMS POTONG NAMA TUTUP BUKU!
“PETANG INI LUPAKAN TENTANG KERJA ANDA!! RAIKAN MAJLIS INI DENGAN SEPUAS PUASNYA!!KAMU ADALAH BOS DISINI!”-laung Helmi The Gimmick kepada hadirin. Wow! ia kedengaran seperti tersentak dari lamunan. Penuh energi dan keseronokan! Ternyata persembahan dia pada petang itu tidak menghampakan. Dia berjaya memukau penonton dengan LAWAKnya selama 1 jam tanpa henti! Dia telah bangkit dari kejatuhan yang dia alami selepas Raja Lawak. Dia telah membuat kajian! Belajar dari kesilapan! Dan yang paling penting, dia tidak berpura pura, dia menjadi dirinya sendiri.
Apa yang aku dapat tafsirkan disini bahawasanya HELMI THE GIMMICK adalah seorang pelawak dan
penghibur. Melawak dan menghiburkan orang adalah sumber pendapatan dia. Well, bak kata NABIL
RAJA LAWAK “LU PIKIRLAH SENDIRI!!”
Syabas HELMI THE GIMMICK!

good job helmi!
easeart jalil
April 21, 2008 at 5:40 pm