Ubat Terkawal

Kuning

with 4 comments

Sudah 2 hari kami ke Klinik Keluarga Jln Gambut. Hari ni kadar Jaundice dalam darah harmoni naik 12.7. Semalam 11.5. Kami berharap esok akan turun lagi..lagi baik bagi hilang semua. PERGI KAU JAUNDICE!

Untuk mengetahui secara lanjut apa itu Jaundice dan cara rawatan - http://www.medicinenet.com/jaundice/article.htm

Written by pijo

Oktober 6, 2008 at 1:33 am

Dikirim dalam buatan orang

Harmoni

with 7 comments

Tahniah Lisa! Anda officially telah menjadi seorang HOT MAMA!

Selamat Datang Harmoni! Anda officially telah menjadi seorang Ahli Tetap THE JALIL’S!

Written by pijo

Oktober 2, 2008 at 10:12 pm

Dikirim dalam buatan orang

29/9/08

Komen anda »

29/9/08    4.30am

Aku boleh cerita pengalaman aku masa di dewan ini. Tapi, aku rasa, pengalaman ini akan dilalui oleh semua bakal bapa. Duh! (ke aku yang malas nak menaip..?)

Terima kaseh kepada Alonga yang sanggup menemani aku selama beberapa jam di bulan puasa. Masa yang kau luangkan untuk teman aku adalah masa yang paling berharga sekali dalam hidup aku. Tak termasuk masa aku sunat dulu ye!

Written by pijo

Oktober 2, 2008 at 9:50 pm

Dikirim dalam buatan orang

36 minggu 3 hari

with one comment

Written by pijo

September 10, 2008 at 10:30 pm

Dikirim dalam buatan orang

Menanti Keajaiban

Komen anda »

Tak semudah bagiku untuk bisa meredakan resahku
Meski kucoba menyangkal sungguh merisaukan benakku
Aku memimpikan malaikat
Berkenan menemani aku
Tuk sekedar melipurkan hati
Dengan setulus hati
Dengan setulus hati

Betapa aku telah lama tinggalkan binar di hatiku
Aku mungkin kan tertawa namun jiwaku terasa jauh
Tak lelah kupandangi langit
Berjuta harap ku menanti
Penuh harap ku menanti
Keajaiban datang dan menghampiriku
Oh …
Aku tak tahu apa yang kan kutemui

Aku masih menunggu dan menunggu
Berharap akan datang keajaiban

Seharusnya aku tak patut bersedih
Atas semua yang terjadi kepadaku
Aku merasa bahwasanya hidup ini tak lebih dari sebuah perjalanan
(Hingga saatku tiba)
Semoga tak lelah aku terus berpeluh
(Hingga saatku tiba)
Kuharap temukan apa yang ku cari

*Padi*

(Lamanya tak jam lagu ni)

Written by pijo

September 10, 2008 at 9:47 pm

Dikirim dalam muzik & lirik

32 minggu 7 hari

with 6 comments

Kelmarin Lisa check-up lagi. Sekarang 2 kali sebulan. Kali ni aku tak teman Lisa. Pergi aku hantar, balik dia jalan kaki. Katanya dia nak balik jalan kaki sendiri, nak bersenam. Mungkin azam yang diperolehi dari kakak ipar aku yang hari-hari jalan kaki pulang dari office. Kudos Kak Ame! Budok Kecik dalam perut, macam mana aku nak cakap..hmmm GEDIK! Setiap masa bergerak aktif! Menendang! Sumersot berpusing, menari, menumbuk, macam-macam lagi! Memang gedik! Lagi JOBO(ayat orang negeri sembilan untuk POYO) bila aku ada dengan Lisa. Sebab Lisa kata bila aku ambik dia dari kerja lagi menjadi-jadi sumersot berpusing budok kecik tu. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh sepupu aku Syiba “GEDIK BY NATURE”. Kami scan di sebuah klinik swasta baru-baru ini dan doktor mengesahkan bahawa kandungan Lisa 100% PEREMPUAN. Wow, dulu seorang je perempuan teman aku sekarang sudah ada dua laaa…!hehehe. Sopie pun ada kawan la nanti. Adala orang nak main sama, tengok Barbie Mariposa sesama, buli nenek ngan atuk sesama. Aku pula dah ada status(what a dirty word). AYAH atau ABOH. Cakap pasal ABOH, aku teringat iklan Merdeka yang baru,Afdlin Shauki sebagai Abah. Wow! bagus sekali! Aku suka iklan tu! Lagi best dari yang dulu-dulu. Takdelah semangat patriotik sangat diterapkan. Tapi Merdeka Pemikiran! Syabas!

Akim dan Yaya cuti sekarang. So packla rumah Along sekarang. Tapi best satu family ada! Meriah! Yaya 1st time cuti sem. Bila balik nampak kurus sikit! Bila tanya macam mana kat sana? Dia kata BEST! Haaa kan aku dah kata, dia macam aku juga masa remaja dulu. Campaklah kat mana-mana pun, boleh hidup punya. Kepala otak ingat nak fun je. Tapi aku nasihat dia lepas dah bertungkus lumus belajar dan exam, you deserve to PARTY! Mesti! Suapkan Jiwa kita dengan keraian. Akim, semakin bagus! Anak harapan ibubapa! Dia mesti jadi Peguam kami satu hari nanti. So Encik Polis, jangan main tangkap je ok! Periksa dulu! Cakap pasal polis baru baru ni kat Kuantan ada kes Polis tembak sebuah kereta PERODUA kesnya sebab tak berhenti masa Polis tu suruh berhenti. Tertuduh kata dia lari sebab dia takut polis tu orang jahat. Thats reasonable enough. Aku tak pasti samada Polis tu bawak Petrol Car atau kereta biasa. Kalau Petrol Car, berhenti la. Tapi kalau kereta biasa mau tak lari. Apa yang penting sekarang ni, wajar ke Polis tu tembak kereta PERODUA tu? Hampir kena orang didalam PERODUA tu! Kalau diorang ada anak kecik macam mana? Kalau kena, mati katak jawabnya. Siapa nak tanggung?

Esok aku nak beli baju untuk budok gedik dalam perut Lisa. Sekarang dah tau Budok tu ada pepet, so senangla kerja. Sukala Lisa! Beli yang cute-cute yang pinky. Aku nak buat sendiri baju dia. Beli baju kosong, apa laga, buat Silk-screen la! Seronok! Pastu bila budok gedik besar sikit, hantar kat Auntie Syiba belajar menari!! Pastu kita satu family menari sesama! Cheers!

Written by pijo

Ogos 20, 2008 at 6:12 pm

Dikirim dalam buatan orang

Mari jadi ‘orang hutan’

Komen anda »

Lakonlayar dan diarah oleh Sean Penn salah seorang daripada pelakon kegemaran aku. Apa yang aku nak huraikan pasal Sean Penn? He’s the man! Lakonannya dalam filem “We’re not angel” yang paling aku butuhkan!

“Into The Wild ” diadaptasikan daripada novel karya Jon Krakauer. Cerita yang simple tapi tidak membosankan. Dibintangi oleh Emil Hirsh, Marcia Gay Harden, William Hurt, Vince Vaughn dan ramai lagi. Berkisarkan seorang graduan Christopher McCandless yang tinggalkan semuanya termasuk keluarga dan kesemua wang simpanannya untuk hitchhikes dan terus menetap didalam hutan Alaska. Dalam perjalannya, Christopher berhadapan dengan pelbagai halangan dan juga jenis orang yang terus membentuk hidupnya.

Eddie Vedder sebagai penata musik dan terus menyumbangkan sebagai vokalis dalam beberapa buah lagu dalam filem ini.

Salah satu dialog yang aku suka dalam filem ini ialah semasa Christopher bertemu dengan Mr Franz sebelum dia  ke Alaska dan menemui Magic Bus

“Mr Franz, i think carrier is 20th Century invention, and i don’t want one. You dont need to worry about me,  I have college education. This is not what i destined to, it’s what i choose.” -

last chapter –

Getting of Wisdom.

Untuk tontonan umum terutama petani-petani moden. Cheers!

Written by pijo

Ogos 13, 2008 at 2:55 pm

Dikirim dalam filem

Tiny Dancer

with 2 comments

“Tiny Dancer in my Belly “-Lisa

Written by pijo

Julai 25, 2008 at 4:13 pm

Dikirim dalam buatan orang

Vote for Nik Sapeia!

Komen anda »

For he’s a jolly good fellow!

For he’s a jolly good fellow!

For he’s a jolly good fellowwww…..

And so say all of us!!

CHEERS!!

Written by pijo

Julai 15, 2008 at 6:17 pm

Dikirim dalam bebas

running out of time.

Komen anda »

Sekarang aku nampak perubahan dari Lisa. Sering mengemas bilik, jahit baju mengandung, membawa balik dari kerja tips-tips selepas bersalin atau semasa pantang, bangun awal pagi, dan macam-macam lagi perkara yang dulunya tak selalu Lisa buat. Jelas kelihatan raut muka serius dan risau di muka bakal ibu yang bersemangat kental itu. Aku ambil kesempatan untuk bertanya kepadanya. Penafian adalah jawabannya sambil melemparkan senyuman yang tak begitu ikhlas. Dengan tidak memanjangkan keadaan, aku terus dengan kesimpulanku bahawa bakal Ibu itu serabut memikirkan tentang anak yang bakal dilahirkannya nanti.

Dengan kandungannya yang hampir 6bulan itu, segalanya rasa seperti kesuntukan masa. Itu memang aku akur. Masa memang berlalu dengan pantas sekali, lagi-lagi diusia yang semakin meningkat ini. Aku tahu perasaan seorang ibu yang risau tentang anak-anaknya. Mama aku contoh yang paling dekat. Tapi perasaan bakal ibu? Aku tengah mengalami proses pengenalan. Rakan-rakan ditempat kerja aku selalu juga memberi nasihat dan petua yang aku tak tahu berguna atau tidak. Mana yang masuk akal, aku terima dan proses dalam otak aku. Mana yang tak masuk akal, aku biarkan ianya keluar melalui telinga kiriku. Aku hanya berpegang pada satu, walau apapun terjadi, aku tetap melaluinya dengan Lisa. Dari situ aku boleh belajar dari pengalaman. Biar aku yang merasanya.

Apa yang boleh aku lakukan sekarang, hanya menenangkan Lisa. Layan je. Kalau dia worried, aku nak tau apa yang dia worried pastu aku cari jalan penyelesaiannya. Mana bilik baby?, mana baby nak tidor, nak berpantang, dan macam macam lagi persoalan yang aku mesti jawab. Aku tahu, mungkin jalan penyelesaian aku mungkin tak menjadi atau diluar kemampuan aku but at least, dengan jalan ini dapat menstabilkan hati dia kepada keadaan normal kembali. I know we can make it Baby! I believe in you and you believe in me! Luv ya!

Written by pijo

Julai 3, 2008 at 7:11 pm

Dikirim dalam buatan orang